Sunday, 13 March 2016

4.KESIMPULAN



Sebagai kesimpulannya, memang tidak dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat besar kepada umat Islam lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung dalam bidang yang berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa, seperti para mufti dan hakim. Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah banyak diperkatakan oleh ulama-ulama silam dalam karangan mereka dan juga oleh penulis-penulis semasa. Niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kesusahan dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Sesetengah ulama ada mengatakan bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama dan kebingungan dalam akal.


        Berdasarkan keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak, seseorang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian timbul syak atau keraguan sama ada telah dihilangkan atau tidak atau belum, maka keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh berpegang dengan ragu-ragu atau perasaan syak yang baru mendatang itu. Justeru, keyakinan asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali dengan ada keyakinan baharu. Islam mengajar kita supaya mengelakkan sesuatu yang boleh mendatangkan syak. Hal ini kerana syak boleh menimbulkan kekeliruan dan seterusnya mampu mendatangkan kesusahan kepada kita.

RUJUKAN


Buku

Abu Bakar Jabir Al-Jazairiy. (2007). Ensiklopedia Fikah Manhaj Peribadi Muslim. Shah Alam,                                 Selangor: Pustaka Dini SDN BHD

Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. (2007). Fiqh Perbandingan Isu-Isu Fiqh Terpilih. Kuala                             Lumpur, Selangor: Al-Hidayah Publishers

Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. (2013). Kaedah-Kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan                            Manhaj Ahli Hadis. Kuala Lumpur, Selangor: Al-Hidayah Publishers

Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti. (2012). Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi'i. Shah Alam,                                           Selangor:Jahabersa Publisher

Mohd Ali Adnan et al. (2013). Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam. Putrajaya:                                       Kementerian Pengajian Tinggi


Internet

Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf (2010) , kaedah fiqh (amal itu bergantung pada niatnya),
https://abangdani.wordpress.com/2010/07/21/kaidah-fiqh-amal-itu-tergantung-niatnya/
at

Wan Dalilah (2012),kaedah kedua (keyakinan tidak boleh ditandinggi dengan syak),
http://wandastpm.blogspot.my/2013/12/kaedah-kedua-keyakinan-tidak-boleh_14.html

LAMPIRAN



Buku



                  Lampiran 1: Menunjukkan buku sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
                       Yang mempunyai pelbagai pelsoalan tentang kejuruteraan dalam Islam




                               Lampiran 2: Menunjukkan buku Ensiklopedia fikah dalam Islam


                       Lampiran 3: Menunjukkan Buku mengenai fiqh dan mengkaji isu-isu terpilih
                       berkenaan tentang fiqh





Lampiran 4;Menunjukkan Buku kaedah-kaedah penting usul fiqh berdasarkan manhaj ahli hadis dan menerangkan kaedah fiqh secara terperinci


Lampiran 5;Menunjukkan Buku Kaedah usul fiqh Imam Syafie dan hadis



Internet



             Lampiran 6: Laman sesawang pertama yang menerangkan tentang amal bergantung pada tujuannya



                Lampiran 7: Laman sesawang kedua yang mengkaji tentang ilmu fiqh dan mengulas
                       sedikit tentang keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak