Sunday, 13 March 2016

1.PENGHARGAAN



Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan tuntutan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat yang diberi untuk melaksanakan tugasan yang diberi ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini, kami telah banyak memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.
      Penghargaan terima kasih juga kepada seluruh pensyarah dan kakitanagan Politeknik Mersing khasnya kepada pensyarah kami sendiri Ustaz Suffian Bin Fabillah yang telah memberi kami peluang untuk menghasilkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan penghargaaan yang tidak terhingga kepada pegawai perpustakaan iaitu En Mohd Zulkifli Bin Meli kerana telah membantu dengan menyediakan buku-buku sebagai bahan rujukan kami dalam proses menyiapkan tugasan ini walaupun menganggu waktu rehat beliau. Kedua-kedua insan ini sering mengingatan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan berhemah. Kami juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan kami yang sanggup berkorban masa dan berkongsi ilmu yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan dalam bentuk blog ini sekaligus memudahkan cara untuk menyiakan tugasan yang diterima ini.

       Sebelum menutup bicara, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal pemimpin yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang kelak.Selain itu, harapan kami juga agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya kepada diri kami sendiri terutamanya kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas tentang sains, Malahan dari perspektif Islam. Akhir sekali, kami ingin menyampaikan sekalung budi terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam melaksanakan tugasan ini secara langsung atau sebaiknya.

No comments:

Post a Comment