Sebagai kesimpulannya, memang tidak
dinafikan kaedah fiqh mempunyai kepentingan yang amat besar kepada umat Islam
lebih-lebih lagi kepada para ulama yang berkecimpung dalam bidang yang
berkaitan dengan pengeluaran hukum hakam dan fatwa, seperti para mufti dan
hakim. Kepentingan dan faedah mempelajari ilmu ini, telah banyak diperkatakan
oleh ulama-ulama silam dalam karangan mereka dan juga oleh penulis-penulis
semasa. Niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul kerana
kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kesusahan
dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah.
Sesetengah ulama ada mengatakan bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan
dalam agama dan kebingungan dalam akal.
Berdasarkan keyakinan tidak boleh
disingkirkan dengan syak, seseorang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum
terhadapnya, kemudian timbul syak atau keraguan sama ada telah dihilangkan atau
tidak atau belum, maka keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh berpegang
dengan ragu-ragu atau perasaan syak yang baru mendatang itu. Justeru, keyakinan
asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali dengan ada keyakinan baharu. Islam
mengajar kita supaya mengelakkan sesuatu yang boleh mendatangkan syak. Hal ini
kerana syak boleh menimbulkan kekeliruan dan seterusnya mampu mendatangkan
kesusahan kepada kita.
No comments:
Post a Comment