Sunday, 13 March 2016

b) Kaedah-kaedah sampingan
        i.            Asal masalah ialah kekalnya suatu perkara di atas keadaanya yg asal
Contoh: sesiapa yg yakin taharahnya atau masih suci dan syak yang dia berhadas, maka dia dianggap masih bersuci ,dia yakin berhadas dan syak sama ada dia masih taharah, maka dia dikira berhadas

      ii.            Asal sesuatu perkara adalah bebas dari tanggungjawab
Contoh: Sesiapa yang mendakwa orang lain berhutang dengannya maka dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yg didakwa menafikan

    iii.            Asal sesuatu perkara itu adalah tiada
Contoh: Seseorang yang makan harta orang lain lalu mengatakan “Kamu telah membenarkan aku memakannya” padahal dinafikan oleh tuan punya makanan, maka hendaklah diterima kata tuan makanan kerana asalnya harta seseorang itu haram dimakan tanpa izinnya

    iv.            Asal pada (kebanyakan) perkara adalah harus sehingga ada dalil yg menunjukkan ianya haram
Contoh: halal memakan zirafah menurut al-Subki, kerana asalnya harus dan tiada taring serta tiada dalil haram yang menjelaskannya


c) Penerangan kaedah
        i.            Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya.

      ii.            Keyakinan kepada ilmu yang dimiliki secara benar mampu menghasilkan keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan.

    iii.            Segala usaha hendaklah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama , nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.


    iv.            Hasil kerja seharusnya dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.

No comments:

Post a Comment