Sunday, 13 March 2016

Menurut Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari ilmu fiqh mempunyai dua bahagian besar iaitu:

1.      Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
2.      Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia.

           
    Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkan hukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal Al-Quran dan As-Sunnah). Ia terdiri dari Ijmak, Qiyas, Istishab, Masalih Mursalah,Istihsan, 'Uruf dan Syari'at terdahulu.

Perkembangan ilmu fiqh


Perkembangan fiqh sepanjang sejarah hukum Islam oleh Mustafa Zarqa terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:

                                      i. Zaman risalah, yaitu semasa hidup Rasulullah SAW

                    ii. Zaman Khulafa' ar-Rasyidin (empat khalifah besar/utama) sampai pertengahan abad   pertama Hijriah

                                  iii. Dari pertengahan abad pertama Hijriah sampai permulaan abad kedua Hijriah

                                   iv. Dari awal abad kedua sam­pai pertengahan abad keempat Hijriah

                                     v. Dari pertengahan abad keempat sampai jatuhnya Bagh­dad pada pertengahan
abad ketujuh Hijriah

             vi. Dari pertengahan abad ketujuh sampai munculnya Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah (Kodifikasi Hu­kum Perdata Islam) di zaman Turki Usmani (Kerajaan Ottoman) pada tanggal 26 Sya'ban 1293

                                  vii.  Sejak munculnya Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah sampai pada zaman moden.

No comments:

Post a Comment