Sunday, 13 March 2016

3.ISI DAN HURAIAN


      3.1 Kaedah Fiqh
a) Pengertian Kaedah Fiqh
Kaedah : Tapak, asas rumah dan prinsip.
Fiqh : Sesuatu kefahaman.
Kaedah Fiqh : Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu  tertentu.         

Dari sudut istilah
Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagianya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hokum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil Al-quran dan Al-sunnah.  Kesimpulannya ,kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang di susun oleh para ulama untuk menjadi asas untuj memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hiukum.

            b) Peranan Kaedah Fiqh
                      i.            Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.

          ii.            Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan.

                     iii.            Menyediakan keperluan hokum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.


3.2 Konsep Asas Kaedah Fiqh dan Aplikasinya
   Terdapat dua konsep asas kaedah fiqh yang utama:

3.2.1 Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuan.

Kaedah ini bermaksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi amalan ini adalah bergantung kepada niat atau tujuan. Kaedah ini menerangkan tentang kepentingan niat. Sesuatu urusan hendaklah disertakan dengan niat.Niat menentukan nilai sesuatu aktiviti.Niat yang baik tidak menjadikan semua perlakuan sebagai baik.




                      Amal Perbuatan Itu Tergantung pada Niatnya

         Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,berpahala atau berdosa ,bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap seronok beramal,mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah swt. Kaedah ini menunjukkan besarnya perhatian Islam terhadap masalah hati dan niat kerana hati merupakan kunci utama amalan kita, dan niat adalah roh yang menjadi sebagai penggerak jasad kita. Niat merupakan perkara yang amat penting dalam Islam. Kita akan mendapat pahala ketika kita memasang amalan niat itu kerana Allah. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan dan kedudukan atau hukum amalan tersebut adalah bergantung pada niat atau tujuannya.


Hadis riwayat Saiyidina Umar al-khattab :


Sesungguhnya amalan itu tergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan



Dari Umar al-khattab :

 Saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda:

 “Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang itu tergantung terhadap apa yang mereka niatkan, maka barang siapa yang berniat untuk Allah dan RasulNya, maka niatnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang niatnya untuk mendapatkan dunia maka dia akan mendapatkannya atau amalanya itu adalah untuk seseorang wanita yang akan menikahinya, maka niatnya itu tergantung pada apa yang dia niat untuknya.”


  a) Dalil

        i.            Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yg sabit bagi   setiap orang itu apa yg diniatkan.
      ii.            Sesiapa datang ke tilamnya (untuk tidur) dan dia berniat hendak bangun sembahyang malam, tiba-tiba dia tertidur hingga ke Subuh, maka apa yang diniatkan itu tetap akan ditulis.

   b) Fungsi niat yang disyariatkan

a.       Membezakan ibadat dengan niat.
                                            i.            Menahan diri daripada makan kerana puasa dan menguruskan badan.
                                          ii.            Menyembelih binatang untuk makan dan ibadat korban.

b.      Membezakan ibadat dengan ibadat lain.
                                            i.            Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.
                                          ii.            Ibadat fardhu dan sunat.

   c) Syarat-syarat untuk mencapai status ibadat dan bernilai disisi Allah swt

a)      Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak. Contohnya, menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan kerja manusia.
b)      Perancangan dan pelaksanaaan hendaklah disusun dengan baik dan menepati syarak dan semasa. Contohnya, menghasilkan system oengurussan yang efektif.
c)      Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaiana yang diminta syariat. Contohnya, menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding keuntungan.


 d) Keadah-kaedah sampingan

        i.            Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain ,contoh: beriman kepada Allah, berzikir, dan membaca al-Quran, tetapi wajib niat pada membaca al-Quran apabila dinazarkan bagi membezakan fardu dengan yang lainnya .Dalam amalan yang disyaratkan niat, maka kekeliruan penyataannya membatalkan amalan tersebut.

      ii.            Maksud lafaz itu tergantung pada niat orang yang menyatakannya.

3.2.2 Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak

Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan.Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal.Contohnya jika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohor ,maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohornya.Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua atau tiga ,Maka ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.
       Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh ganguan syak atau keraguan yang tidak status kebenarannya.

 a) Dalil

Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dlm solatnya, tidak diketahui lagi berapa rakaatkah yg telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yg syak (ragu-ragu) dan tunaikanlah atas apa yg telah diyakininya.


Firman Allah SWT :


dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan satu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”
                                                                                                            ( Yunus 10 : 36)

Keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.
Pemakaian hukum fiqh yang benar
a)      Yakin.
b)      Ghabalabah al-zann.
c)      Zann.

             Pemakaian hukum fiqh yang salah
a)      Syak.
b)      Waham.




No comments:

Post a Comment