3.1 Kaedah Fiqh
a) Pengertian Kaedah Fiqh
Kaedah : Tapak, asas rumah dan prinsip.
Fiqh : Sesuatu kefahaman.
Kaedah Fiqh : Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.
Dari sudut istilah
Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagianya. Sebahagian ulama mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hokum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil Al-quran dan Al-sunnah. Kesimpulannya ,kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang di susun oleh para ulama untuk menjadi asas untuj memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hiukum.
b) Peranan Kaedah Fiqh
i. Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.
ii. Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan.
iii. Menyediakan keperluan hokum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
3.2 Konsep Asas Kaedah Fiqh dan
Aplikasinya
Terdapat dua konsep asas kaedah fiqh yang
utama:
3.2.1 Setiap Sesuatu Itu
Bergantung Kepada Tujuan.
Kaedah
ini bermaksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan, maka
kedudukan atau hukum bagi amalan ini adalah bergantung kepada niat atau tujuan.
Kaedah ini menerangkan tentang kepentingan niat. Sesuatu urusan hendaklah
disertakan dengan niat.Niat menentukan nilai sesuatu aktiviti.Niat yang baik
tidak menjadikan semua perlakuan sebagai baik.
Amal Perbuatan
Itu Tergantung pada Niatnya
Niat bermaksud suatu lintasan dalam
hati untuk melaksanakan sesuatu perkara. Niat diperlukan bagi membezakan antara
ibadat dan adat,berpahala atau berdosa ,bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan.Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat
seseorang samada mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap
seronok beramal,mendapat balasan syurga atau mendapat status reda Allah swt.
Kaedah ini menunjukkan besarnya perhatian Islam terhadap masalah hati dan niat
kerana hati merupakan kunci utama amalan kita, dan niat adalah roh yang menjadi
sebagai penggerak jasad kita. Niat merupakan perkara yang amat penting dalam
Islam. Kita akan mendapat pahala ketika kita memasang amalan niat itu kerana
Allah. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau
perbuatan dan kedudukan atau hukum amalan tersebut adalah bergantung pada niat
atau tujuannya.
Hadis
riwayat Saiyidina Umar al-khattab :
“Sesungguhnya
amalan itu tergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan
tersebut adalah tertakluk kepada apa yang diniatkan”
Dari
Umar al-khattab :
Saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung
pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang itu tergantung terhadap apa yang
mereka niatkan, maka barang siapa yang berniat untuk Allah dan RasulNya,
maka niatnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang niatnya
untuk mendapatkan dunia maka dia akan mendapatkannya atau amalanya itu adalah
untuk seseorang wanita yang akan menikahinya, maka niatnya itu tergantung pada
apa yang dia niat untuknya.”
a) Dalil
i.
Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada
niat, dan sesungguhnya yg sabit bagi
setiap orang itu apa yg diniatkan.
ii.
Sesiapa datang ke tilamnya (untuk tidur)
dan dia berniat hendak bangun sembahyang malam, tiba-tiba dia tertidur hingga
ke Subuh, maka apa yang diniatkan itu tetap akan ditulis.
b) Fungsi niat yang disyariatkan
a. Membezakan
ibadat dengan niat.
i.
Menahan diri daripada makan kerana puasa
dan menguruskan badan.
ii.
Menyembelih binatang untuk makan dan
ibadat korban.
b. Membezakan
ibadat dengan ibadat lain.
i.
Memberikan wang sebagai sedekah atau
zakat.
ii.
Ibadat fardhu dan sunat.
c) Syarat-syarat untuk mencapai status ibadat dan bernilai disisi Allah
swt
a) Kajian,
rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak.
Contohnya, menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan kerja manusia.
b) Perancangan
dan pelaksanaaan hendaklah disusun dengan baik dan menepati syarak dan semasa.
Contohnya, menghasilkan system oengurussan yang efektif.
c) Mendahulukan
sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaiana yang diminta syariat.
Contohnya, menyelamatkan nyawa ramai manusia menjadi keutamaan dalam
menghasilkan kenderaan berbanding keuntungan.
d) Keadah-kaedah sampingan
i.
Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana
jenis ibadat yang ia bukan jenis adat atau ia tidak akan kesamaran dengan yang
lain ,contoh:
beriman kepada Allah, berzikir, dan membaca al-Quran, tetapi wajib niat pada
membaca al-Quran apabila dinazarkan bagi membezakan fardu dengan yang lainnya .Dalam amalan yang disyaratkan niat, maka
kekeliruan penyataannya membatalkan amalan tersebut.
ii.
Maksud lafaz itu tergantung pada niat
orang yang menyatakannya.
3.2.2 Keyakinan tidak boleh
disingkirkan dengan syak
Kaedah
ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana
sesuatu keraguan.Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat
keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal.Contohnya jika seseorang
berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohor ,maka tiada
sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohornya.Meskipun
dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua atau tiga ,Maka ketika
itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua
rakaat sahaja.
Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang
atau dipercayai benar pada asal sesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud
ketidakyakinan atau ketidakpastian terhadap sesuatu perkara Kaedah fiqh
menetapkan keyakinan yang dipegang oleh ganguan syak atau keraguan yang tidak
status kebenarannya.
a) Dalil
Apabila
salah seorang kamu telah timbul syak dlm solatnya, tidak diketahui lagi berapa
rakaatkah yg telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yg syak
(ragu-ragu) dan tunaikanlah atas apa yg telah diyakininya.
Firman
Allah SWT :
“dan kebanyakannya mereka tidak menurut
melainkan satu sangkaan sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat
memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran”
( Yunus 10 : 36)
Keyakinan
pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana sesuatu keraguan. Kaedah fiqh
menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan
sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status
kebenarannya.
Pemakaian hukum fiqh yang
benar
a) Yakin.
b) Ghabalabah
al-zann.
c) Zann.
Pemakaian hukum fiqh yang salah
a) Syak.
b) Waham.